Saturday, August 18, 2018

Day 7 - Seoul - Itaewon


Assalamualaikum...anneyosayo....

Khamis  05.04.18


Pagi-pagi kami bangun excited nak berjalan di Itaewon sebab kat sini banyak restoran makanan halal. Kerja makan je kan kami ni.hahahaha. Plan asal nak pi Yeouido Park tapi kaki kami sakit sangat so kami decide jalan-jalan area Itaewon je.

Dari hotel kami berjalan kaki hampir 15 minit juga cari masjid Iteawon yang popular tu. Sampai sesat-sesat akhirnya jumpa juga. Tapi perut dah bekeroncong kelaparan kami hanya bergambar di luar masjid je.

Tiba-tiba terdengar suara memanggil member aku, rupa-rupanya rakan sekolah member aku yang kebetulan dia nak solat di masjid jadi kami tunggu dia solat dan pergi makan sekali. Sehari dia teman kami, katanya sepanjang dia kerja di korea ni la baru dia berjalan kebetulan hari ni dia cuti untuk ambil rakannya yang akan bekerja bersamanya.





Kami makan tengahari di EID Halal Korean Food. Makanannya sedap sangat berbaloi dengan harga. Kedainya kecil je dekat je dengan masjid jalan kaki lebih kurang 5 minit je.

Gambar dari google : Kredit to owner page have halal will travel
Beef Bulggogi
Samgyetang Sedap wei
Disebabkan plan asal dah terbantut kami decide untuk ke Lotte Mart yang berada di Seoul Station. Sampai Lotte Mart kami shopping pula makanan untuk di bawa pulang. Wajib la untuk aku beli Pepero kan.hehehe

Perjalanan menaiki train:

Itaewon Station (Eungam Bound) berhenti di Samgakji Station (2 stop) tukar ke Line 4 (Danggogae Bound) berhenti di Seoul Station (2 stop)  Exit 1


Naik je Escalator ni korang akan nampak terpangpang bangunan Lotte Mart


Sempat minum kopi lagi...yup i'm coffee addicted.. 
Kami shopping sampai tak sedar dah malam. So kami balik dan tidur je esok nak balik Malaysia dah. Dah nak balik ni kami banyak santai-santai je. Jadi gambar pun tak banyak,  dapat pepero tak ingat nak ambil gambar dak aku ni tau makan je lepas tu.hahahah..

Aku share sikit keadaan di station-station subway yang sempat aku bergambar. Cantik-cantik wei laluan subway kat korea ni. 


Chungmuro Station : Disepanjang laluanya dihiasi dengan gambar-gambar drama2 korea dan celebrity korea.  




Dongdaemun Station : Disepanjang laluanya dihiasi mural doodle tradisional korea. Dilengkapi pula dengan kedai-kedai kecil menjual Hanbok.





Anguk Station : Di letakkan screen tv , Grill yang berukiran landskap, tiles yang bercorak.





No comments:

Post a Comment