Friday, August 17, 2018

Day 6- Seoul - Namdaemun Market

Assalamualaikum...anneyosayo....

Rabu  04.04.18

Kami meneruskan perjalanan ke Namdaemun Market. Lunch kami makan kebab dekat namdaemun je. Kami jalan-jalan sambil shopping souvenir untuk dibawa pulang.

Perjalanan menaiki train:

Chungmuro Station tukar ke Line 4 (Oido Bound) berhenti di Hoehyeon Station Exit 6 (2 stop) jalan terus 100m sampai Nampak satu Lorong belah kanan pintu gerbang 4G. Belok kanan dah sampai destinasi.

Kebabnya sedap..
Namdaemun Market ni luas juga tau jenuh nak jalan tau. Ada 10 jalan/lorong dimana ia telah terbahagi kepada bahagian jam/jewelry, pakaian kanak-kanak, fesyen dewasa, pakaian uniform, bahagian jualan bedding, gerai makanan, kamera, alat tulis, bahan makanan basah dan makanan. Serta 8 pintu masuk utama, dari 1G sehingga 8G.fuhhh berpeluh berjalan...

Kedai diluar-luar ni mahal tau kalau korang nak beli souvenir. beli yang dalam bangunan je 

Untuk shopping baju better beli yang kat luar sbb nampak lebih menarik


Di kedai-kedai cenderamata yang berada di luar bangunan harganya agak mahal berbanding beli di dalam bangunan. Kami masuk di bangunan D di tingkat 2 ada satu kedai cenderamata yang harganya lebih murah (separuh harga dari yang di jual di luar bangunan)



aku tgk owl tu geram je..tapi mampu tengok jela.






Start jam 4.00 petang akan dibuka gerai-gerai kecik (mcm pasar malam tu) kami beli T-Shirt di gerai-gerai kecil tu je kerana harganya murah dan boleh ditawar jika korang beli T-shirt banyar helai.

Sedap ais krim anggur ni tau.

Kami  balik hotel ambil beg kemudian menaiki train ke iteawon. Kami memilih Sp@iteawon sebagai tempat penginapan kami. kat sini tak bestnya sebab shower dan toilet dekat luar. bilik mmg selesa sangat.

Hasil tangkapan Souvenir  
Perjalanan sebelum kami kesini: Day 6 - Seoul - Namsan Hanok Village





No comments:

Post a Comment