Assalamualaikum...anneyosayo....
Isnin 02.04.18
Hari ke empat kami ke Nami Island. Nami Island ni adalah pulau buatan manusia, kecil je pulau ni. Tapi berjalan penat la juga.Hehehe.
Perjalanan menaiki Train:
Chungmuro Station (Suseo bound) berhenti di Oksu Station(4 Stop) tukar ke Gyeonggui-Jungnang Line (Yongmun Bound) berhenti di Sangbong Station(7 Stop) tukar ke Gyuongchun Line (Chuncheon Bound) (landmark jumpa signage Line Hijau ITX ) berhenti di Gapyeong Station (14 stop)
Jadual waktu perjalanan shuttle bus |
Perjalanan bus |
Sampai ja di Gapyeong Station kami menaiki Shuttle bus 6,000 Krw (tiket bus jangan buang tau, ia digunakan sepanjang hari)
Terdapat dua cara ke Nami Island iaitu dengan menaiki Feri atau zip-wire harganya 38,000 krw. Kami memilih untuk naik feri untuk ke nami island 13,000 krw harga tiket masuk dan feri pergi balik (murah la sikit...hehehe). Sepanjang kami berjalan di korea tak de pun teserempak dengan warga Malaysia. Tapi kat Nami ni punya la ramai Orang Malaysia popular betul Nami Island ni rupanya.
Untuk aku Nami Island ni pulau biasa je tak de la menarik sangat. Tapi untuk bergambar memang okay sangat la. Biasa-biasa pun aku bergambar sampai tak sedar dah petang. Sampai tak sempat la kami nak ke Petit France.huhuhu
Masa nak lunch kami cari nasi goncang yang popular di Nami Island ni. Tapi sayang kedai tu dah tutup jadi kami makan di restoran Asian Cuisine.
Lepas makan kami terus balik. Masa tunggu shuttle bus pada mula nya mmg nak pergi juga petit France tapi ramai gila orang beratur tunggu bus. Last-last kami decide untuk balik hotel jela.
Malam tu aku berjalan ke myeongdong untuk shopping . Masa aku baca blog ramai bloger kata dekat myeongdong kita akan dapat musk percuma syarat dia korang kena masuk kedai dia. So aku nak bagi tau korang jangan percaya semua tu.Hahahaha. Promoter-promoter ni diorg dah tau taktik pelancong agak nya. Korang masuk kedai tak kan dapat apa-apa free gift kecuali korang beli barang dari kedai diorang. Kalau korang beli kadang diorg tak bagi, tapi korang buat selambe je tanya’ tak de free gift ke?’.. nanti diorang akan bagi syarat dia jangan malu nak minta.hahahahaha
![]() |
Hasil tangkapan. Ni aku beli untuk adik2 aku order juga. Kami guna pencuci muka yang sama. |
![]() |
Ni untuk aku. hahaha. Harga berbaloi sangat.patut la ramai suka shoping kosmetik kat korea yek. |
Dah puas aku shopping, aku singgah pula Daiso kat myeongdong. Daiso ni ada 8 tingkat setiap tingkat di bahagikan kepada beberapa bahagian so senang la nak shopping.
![]() |
Gambar dalam bangunan aku xsempat nk snap. Bateri phone kong terus.huhuhu |
No comments:
Post a Comment