Saturday, August 4, 2018

Day 3 - Seoul - Bukchon Hanok Village

Assalamualaikum...anneyosayo....

Ahad 01.04.18



Kampung Hanok Bukchon merupakan sebuah kampung tradisional Korea di Seoul, Korea. Bukchon bermaksud  Kampung Utara kerana lokasinya di sebelah utara Cheonggyecheon dan jongno. Perkampungan ini sejarahnya merupakan permukiman dan tempat tinggal para pejabat dan anggota keluarga kerajaan Joseon dynasty . Kampung ini berada di antara Istana Gyeongbokgung dan Istanan Changdeokgung.

Kampung Hanok Bukchon memiliki lorong-lorong yang sempit dan menampilkan suasana kota Seoul pada masa lalu. Rumah-rumah para bangsawan di kampung ini masih terpelihara dengan baik, dan beberapa di antaranya menawarkan penginapan bagi pelancong yang ingin merasakan pengalaman kehidupan tradisional Korea.




Jalan di Hanok Bukchon berbukit-bukit. Penat juga berjalan sampai kami nak giveup ja sebab kaki masing-masing dah melecur. Tapi semangat kami masih kuat untuk meneruskan perjalan mencari view  yang memang popular di hanok bukchon ni. Sehinggalah kami jumpa dengan sukarelawan, kami pun tunjuk gambar pada mereka dan kami di beri map serta peneranganserba sedikit  mengenai Hanok Bukchon.

Terdapat 8 point utama di sini, puncak hanok berada di no 6 dan no 7. 


Kami jalan dari Changdeokgung palace sampai Gyeongbokgung palace jauhkan mana la tak melecur kaki ni.
Kami memulakan perjalanan dari point no.1 dan melawati Bukchon Traditional culture center. Petugas disini sangat peramah dan menerangkan kepada kami serba sedikit mengenai tempat ini. Kemudian kami melawat pula Seoul Hanok Center dan beristirehat di Bukchon Community Library.


Bukchon Traditional culture




Seoul Hanok Center, kat cni kita boleh ambil kelas untuk belajar masak masakan korea, kraftangan dan banyak lagi aktiviti yang di adakan. 


Kami bersama staff Bukchon Community Library, Seoul Hanok center.

Staff Seoul Hanok center ni peramah sangat siap bagi kami duduk berehat di library.




Bukchon Community Library 


Santai je bilik bacaan nie tau. Free wifi so mmg boleh la nak ber FB ke , Insta ke.





Choong Ang Middle and Hing School, Hanok Bukchon village boleh masuk hanya pada hari ahad je
Kami berada di point no.5 jadi kami decide untuk meneruskan perjalanan walaupun kaki dah sakit sangat-sangat. Sampai sahaja di point no.7 Ya Allah , teruja aku dibuatnya. Permandangan yang sungguh cantik, lorong-lorong kecil yang  masih mengekalkan binaan  lama.

Sampai sahaja di point no. 6 hingga no.8 kita tidak dibenarkan membuat bising kerana kebanyakannya adalah rumah penduduk korea. Kami turun dari point no 8, tangga dia curam sangat kena hati-hati masa turun.Silap step boleh jatuh tau. Bila kami Nampak je jalan raya kami rasa lega sangat.

Pandangan dari Point 7. Maaf angel gambar tak berapa cantik




Pandangan dari point no.8


curam kan tangga


Penat dah berjalan kami pun memilih untuk lunch di Halal Kitchen yang berada tidak jauh dari point no.8.


  
jumpa je butik BOY nie terus je daki tangga. Halal kitchen ni berada di atas bukit.

Menu kami Bulgoggi dan kimci Pan cake.

cantik landskap kedai makan sebelah halal kitchen ni

Perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke  Dataran Gwanghwamun & King Sejong yang berada betul-betul seberang jalan Gyeongbokgung Palace. Cuma kena berjalan sikit je korang akan jumpa tugu king sejong. Kiri kanan dataran nie jalan raya yang agak busy juga tau.

Pintu utama Gyeongbokgung Palace

jom melintas

sepanjang datran ni penuh dengan pot bunga ni cantik sangat

Tugu King Sejong


Tugu Admiral Yi Sun Shin 




Kami ambil gambar sekeping dua, kemudian jalan menuju  ke Cheonggyechon Stream. Disini tempat lepak pasangan-pasangan remaja (pandai je aku kan) kami sampai pun dah malam jadi tak de la bergambar sangat. Kami duduk rehatkan diri sambil menikmati pemadangan kota dimalam hari.

Cheonggyechon stream ni merupakan sungai sepanjang 11 km yang telah di ubah menjadi tempat santai serta lepak dan terdapat banyak tarikan di sepanjang sungai ini. Terdapat 22 jambatan di sepanjangnya serta air sungai ini bersambung terus ke sungai Han. Memang best dan yaman je kami lepak kat sungai ni.

Jumapa arca siput ni maknanya korang dah sampai la kat Cheongyechon stream










Puas dah menikmati pemandangan kami pun balik ke hotel.

P/s: Untuk pengetahuan korang di seoul ramai sukerelawan tour guide, korang akan jumpa mereka yang memakai vest bertulis may i help you. Korang jangan malu-malu nak tanya diorg. Diorg akan bantu korang.malu bertanya sesat jalan ingat tu.

No comments:

Post a Comment