Hari terakhir kami ke Chang Puak Camp, dari hotel perjalanan 30minit...Alhamdullilah kami sampai agak awal juga jadi tak de la ramai sangat orang....ada beberapa bahagian dekat Cjang Puak Camp diantaranya mini game (100b), pertunjukan buaya, pertunjukan gajah, bergambar bersama gajah (200b), dan tunggang gajah (500b).
Teruja kami naik gajah, mula-mula takut juga nak naik gajah risau terjatuh...huhuhu...pakcik yang bawa gajah tu peramah memandangkan kawan aku boleh cakap siam sikit-sikit banyak la soalan dia tanya.... hehehehe... untuk pengetahuan korang masa nak sampai dekat port kita naik gajah tu...diorang akan berhenti dan mula menjual kat kita.... gelang, rantai dari gading katanya... tapi aku tak beli... kesian gajah gading nya dibuat mcm tu ...
![]() |
Terima kasih pada abg yg amek gambar kami berdua.... |
Kemudian kami ke Hatyai Municipal Park 17minit dari Chang Puak Camp..... Ingat nak naik cable car tapi boleh drive sampai atas bukit jadi aku drive je sampai puncak.... hehehehe.... hatyai municipal park ne ada dua puncak...satu puncak Four Faced Brahman Shrine yang ni kami naik separuh je...sebab ramai atas ni mungkin ada upacara time ni kot (tak sempat nak bergambar dengan patung gajah e muka tu...hehehe) dan satu lagi Phra Buddha Mongkol Maharaj (ni pun temple juga) atas ni luas... permandangan dari puncak bukit nie cantik... dah puas bergambar dan menikmati alam kami balik hotel rehat...
Kononnya nak tidur awal sebab esok pagi nak balik dah...tapi malam kami keluar pi jalan-jalan disekitar Lee Garden Plaza...
Sampai sini sahaja la Entry travel kali ini.... ta ta korang... anyeong... eh tibe... keluar korea...hehehe
No comments:
Post a Comment