Entry ini untuk rujukan aku akan datang, dan harapnya dapat bantu korang juga. Aku memilih untuk masuk ke Thailand dari Bukit Kayu Hitam memandangkan last year aku ikut laluan yang sama. Bagi aku bawa kenderaan sendiri lebih mudah dari naik KTM atau Bas, cuma letih sikit sbb drive sendiri kan...hehehehe
Jadi aku akan share dengan korang ape dokumen yang diperlukan untuk membawa kenderaan sendiri dan langkah-langkahnya.
Sampai je changlun. korang boleh beli Insurans Thailand kat kedai2 yang ade sepanjang jalan sebelum sampai ke Sadao Boundary.
1. Passport
2. Geran Original (Kalay takde geran ori...yang photocopy geran tu kena pi balai polis terdekat korang untuk disahkan dulu ye)
3. Surat kebenaran kalau korang guna kenderaan bukan milik korang.
4. Photocopy IC owner (jika korang guna kenderaan bukan milik korang)
Korang kena bagi dekat kedai insuran. Cakap je nak buat dokument ni:
1. Insuran Kenderaan Thailand
2. White card / TM 6
3. Borang TM 2 dan TM 3 (korang akan dapat 2 set)
dah selesai beli dokumen-dokumen teruskan perjalanan ke Sadao Boundary. Sadao Boundary ni dah diperbarui lebih tersusun dan mudah dari last year aku pi...hehehe
Selesai urusan cop passport,korang kena parking di tempat yang disediakan dan Driver kena ke Kaunter Sadao Custom serahkan geran original dan passport pada pagawai di kaunter no1. Nanti pegawai akan beli satu slip bawa pula ke kaunter no 2 untuk di cop. Slip yang korang dapat nie WAJIB bagi masa balik nnt di kaunter no.8, diorg tak minta tau tapi kalau korang tak serahkan slip ni kemungkinan untuk blacklist tu tinggi.
![]() |
dokumen yang dperlukan |
![]() |
Kaunter no 8 selepas melalui Thai Imigresen |
Selesai urusan ni korang dah boleh meneruskan perjalanan mengikut destinasi yang korang nak. Pergi negara orang pandai-pandai la bawa diri jangan nak jadi gengster jalan raya pulak ye.Tempat yang tak boleh parking jangan pandai-pandai nak parking kang melayang 500 - 1000 b. Selalu baca signboard kat sana, ada yang boleh turn kiri jika keadaan terkawal ada juga yang kena ikut traffic light.
Masa balik nanti di imigresen Thailand serahkan dokumen yang sama masa pergi tu. Jangan hilangkan ye. Untuk korang yang nak keluar dari thai pada waktu 5.00 pagi - 8.30 pagi akan dikenakan bayaran sebanyak 20b seorang. Pada kaunter imigresen Thailand ada signboard pemberitahuan pembayaran over time mereka charge yang dikenakan driver 20b dan penumpang 5b setiap orang. Tapi masa aku pi tu ken 40b walhal aku berdua je. So singboard tu tak leh dipercayai....hehehehe
Selamat melancong korang, semoga entry ini dapat membantu korang yang teringin drive ke Thailand.
![]() |
Boleh apply insuran melalui talian juga.call je no ni. |
No comments:
Post a Comment