Jangan lupa like and comment...guysss...gratis guyssss... ayat ni selalu la hangpa dengaq dari youtuber2 indonesia kan...hehehe
![]() |
Gambar dari: The Jarkata Post |
Ok la guys...jom kita mulai...
Sebenarnya baru-baru ni aku bercuti di Bali... plan asal nak ke Singapore then member aku tukaq plan.
1st sebab tiket flight murah
2nd Anniversary dia...hahaha...
Kami pi berempat (2 pasang merpati dua sejoli) segala tiket flight dan hotel diuruskan member aku. Aku pula siapkan itinerary, bab-bab ni memang favorite aku. Asalnya nak stay dekat Bali selama 5 hari 4 malam, akhirnya jadi 8 hari 7 malam. Tiket flight balik yang pertama kami dah beli..maka tiketnya burnnnnnnnn....waaaaaa😭😭
Total kos Seorang:
Tiket Pergi :RM 158.00
Tiket Balik :RM 181.00
Kos Hotel : RM 570.00
Kos Supir : RM 310.00
Tiket : RM 355.00
Makan : RM 300.00
..........................................
Total : RM 1,874.00
Korang boleh jimat banyak sebenarnya dari segi kos hotel...boleh tidur di hostel je sebabnya korang akan keluar pagi balik malam...memang hostel tu akan tempat tidur je...macam kami punya kes ni saja gatal-gatal nak tidur hotel...lagi pun ini percutian anniversary member aku....heeeeee
Dari segi kos supir pula, lagi ramai lagi murah sebab korang boleh kongsi-kongsi bayar. kalau berdua memang tinggi sikit la kosnya.
Kami naik flight 10.25 pagi perjalanan ambil masa selama 3 jam. Untuk pengetahuan korang waktu Bali dan Malaysia sama. Cuma keadaan hari macam di Sabah dan Sarawak,subuh di Bali jam 4.30pg wei. Jadi rancanglah perjalanan korang dengan baik.
![]() |
Gambar dari google.. Jangan lupa isi form declaration guysss |
Dalam airport ada je ejen-ejen yang jual sim kad. Tapi aku beli sim kad di luar sebab ingatkan sim kad dia luar lagi murah. Rupa-rupanya sangkaan aku salah sekali ternyata harga sim kad di airport jauh lagi murah tau. Jadi korang nanti beli sim kad dekat airport je dan pastikan sim kad TELEKOM SEL sebab itu je yang coverage dia okay tau. Kami main beli je sim kad sekali kat Nusa Penida takde langsung coverage... rasa membazir sangat....
Hari pertama ni kami decide untuk santai-santai je memandangkan tiba di Bali pun dah petang, kami terus je ke Ubud bermalam disana. Sampai sahaja di hotel kami check in dan rehat. Makan malam kami jalan-jalan area hotel. Nasi padang Warong Ijo jadi pilihan, Air Jeruk dia my favorite.
![]() |
Gambar dari: Agoda (Teja guest house) |
Disebabkan ini kali pertama aku ke Bali. Pastinya akan nampak kesalah pada Itinerary. huhuhu...
Nasihat aku kat korang adalah, pilihan KUTA sebagai tempat tidur sangat strategik sebab area kuta banyak kedai makan muslim dan jika supir korang Muslim kebanyakan diorang mmg duduk di area situ. Dari Kuta boleh je korang plan perjalanan ke Ubud,Seminyak dan sebagainya tanpa perlu menginap dia kawasan tersebut. Jadi tak perlu la korang bawa beg ke hulu ke hilir macam kami...huhuhu
Jika korang plan nak ke Nusa Penida cadangan aku stay 3 hari 2 malam. Katakan flight korang awal pagi sampai je bali terus ke Sanur naik speed boat ke Nusa Penida supaya korang tak terkejar-kerja sangat. Lepas tu baru korang plan pejalanan ke Ubud, Seminyak, Lovina dan sebagainya.
Sampai disini sahaja tulisan aku untuk hari pertama ini guyssss...
![]() |
Cantik Dinding dalam Airport |
No comments:
Post a Comment