Saturday, September 15, 2018

Day 1 - Hatyai - Samila Beach

Assalamualaikum, sa wadi ka ....


Kesempatan cuti panjang baru-baru ni Hat Yai menjadi lokasi percutian aku. Dari 10 orang tinggal 2 orang je yang comfirm akhirnya kami memilih untuk menaiki kereta sendiri je(cara bawa kenderaan masuk Thailand).

Kami bergerak pada malam jumaat dan sampai subuh di pekan Changlun, selesai beli insuran dan sim kad thai, kami meneruskan satu jam perjalanan dari Sadao Bounder ke Hatyai mengunakan Waze apps. Kami sampai di hotel dalam jam 8.30pagi waktu thai, kami checkin dan rehat maklum la penat drive dari Kuala Lumpur.

Lepas zohor dalam jam 1.30 kami bergerak lunch di Koi Tod Decha Restoran, Menu kami makan nasi komok dan teh ais. Teh ais dia sedap sangat sampai hari ni dok teringat..hehehehe..






Perut dah kenyang kami pun meneruskan perjalanan ke Samila Beach. Ingat nak mandi-manda tapi tak nampak pulak orang mandi.Maka terbantut la niat ku...huhuhu. Aku cari kepala naga area pantai tapi tak jumpa kebetulan hujan turun renyai-renyai jadi kami stop mencari...hehehehe






Lalu kami pun minum di Amazon Cafe yang berada berhadapan pantai sementera tunggu hujan berhenti. Air Latte Amazon rasanya memang terbaik, sesuai sangat dengan addicted coffee macam aku.


Latte dia sedap wei



Hujan dah berhenti kami pun teruskan pejalanan ke Tung Kuan Hill dalam 5minit dari Pantai Samila. Seorang 30b (Rm 4.00), kami naik lift sampai puncak gunung. Allah, sampai je atas aku teruja tengok pemandangan yang cantik. Puncak ni seram sikit, ada bahagian yang tak di jaga dan diatas puncak ada temple juga. Kebanyakan puncak bukit kat hatyai mmg ada temple.




















Kami teruskan perjalanan ke Greenway Night Market...tempat ni ramai gila orang yela ramai pelancong dr malaysia je...sampai aku sendiri confuse...bercuti kat Thailand ke Malaysia ni?..hehehe
kami just jalan-jalan tak la shoping apa pun... cuma beli makan untuk diner kami je... makan kat hotel...senang cerita kan...hehehe...









No comments:

Post a Comment