Thursday, December 5, 2019

Day 2 - Bali - Kitanmani dan Pasar Seni Ubud

Assalamualaikum, guysssss


Tengah hari kami masing-masing dah blur, tak tau nak makan kat mana. Akhirnya kami tanya supir, lalu kami dibawa makan buffet di Kitanmani. Perjalanan ke Kitanmani ni agak jauh juga 40 minit dari Alam harum. Perut dah berkeroncong ni restoran tak nampak-nampak lagi.😅😅..Perjalanan ke Kitanmani ni macam kita nak pi Cameron Highland. Naik pening kepala aku Hehehe..

Sampai dekat satu kawasan kita kena bayar tiket masuk ke Kintamani sebanyak IDR 15,000 (RM4.50). Dari tempat tiket ke restoran lebih kurang 6 ke 8 minit juga. Buffet di Kintamani Restoran ini bayaran dikenakan sebanyak IDR 100,000 (RM 30.00) so makan la sampai kenyang. 

Pendapat peribadi aku ye restoran ni biasa-biasa je makanan di restoran ini tidak kena dengan selera kami berempat. Sedikit penyesalan sebab rasa tak berbaloi bagi aku, kami makan sikit je sebab banyak yang tidak kena dengan tekak kami.


Tiket


Pintu masuk restoran penuh dengan ukiran.cantik sangat


Depan Kintamani restoran ni ramai gila peniaga yang jenis paksa-paksa kita beli. Letih aku nak tolak permintaan diorang tau. Aku minta diorang berikan ruang untuk bergambar dekat depan restoran ni. Korang kalau tak nak beli cakap elok-elok jangan nak marah-marah diorang ye. ingat budi bahasa budaya kitaaaaaaa

Habis makan supir bawa kami untuk bergambar berlatar belakangkan gunung Kintamani. Kami tak bergambar sangat pun kat sini kerana masa tidak mengizinkan.




Jam dah menunjukkan 2.00 lebih,  kami teruskan perjalanan ke Pasar Seni Ubud. Untuk pengetahuan korang Pasar Seni Ubud buka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang je tau. Kena rancang perjalanan betul-betul supaya tak kelam kabut nanti. 


Nama pun Pasar Seni mestila tempat jualan barang-barang kraf kan. Pasar Seni Ubud memang syurga shopping terutama beg rotan bagi aku la. Sampai je dekat pasar korang akan nampak bertapa banyaknya beg-beg rotan dijual. Macam-macam design beg ada, rambang mata aku wei.

Dari segi harga pula ke banyakkan beg rotan disini dalam lingkungan IDR 200,000 - 300,000 (RM 60.00 - RM 90.00). Yang lain aku kurang pasti kerana terlalu fokus nak cari beg rotan hehehe... 


Comey kan...rasanya ni buah nyoq kot depa ukir...






Habis Shopping dekat Ubud kami terus bergerak ke sanur... kami tidur disanur sbb esok nya nak ke Nusa Penida dan hotel kami dekat je dengan jeti.

No comments:

Post a Comment