Thursday, October 31, 2019

Day 2 - Bali - Terrace Rice Alam Harum

Assalamualaikum, guysssss

Jangan lupa like,comment & share guysss...gratis guyssss... ayat ni selalu la hangpa dengaq dari youtuber2 indonesia kan...hehehe


Bangun pagi dengan gembiranya subuh 4.35 pagi guyssssss...yahooooo...... (😭😭😭) sebenarnya aku tidur lewat semalam biasa la kalau sampai tempat baru memang sukar untuk kita tidur kan...ke aku je macam u..heheheh Lepas subuh kemas-kemas baju sebabnya kami akan check out terus pagi ni dan akan bermalam di Sanur.

7.30 pagi staff hotel hantar breakfast, teruja aku sampai ke bilik diorang hantar bagus betul layanan hotel ni. Tengah syok menikmati sarapan Supir call bagitau dia lewat sikit sebab ada perayaan ape ntah...tak ingat dah aku...Ya pasti Peganut Hindu disana berarak ramai jadi kereta semua kena tunggu sampai diorang habis berarak.

Muka ada happy orang hantaqkan breakfast.
Hati panas dah. Tapi bergambar mesti kena senyum juga.hahahahaha


Ikutkan Itinerary 7.30 dah berjalan ke bali Swing Uma Pakel, tunggu punya tunggu jam 8.30am baru supir sampai. huhuhu. Berkali-kali pak supir minta maaf sebab lewat. Nama pak supir kami Esim tak silap aku. Disebabkan kami payah nak sebut nama, kami diminta panggil dia Adi je.

Pandai pula la kan Adi ambil hati kami balik selepas lewat. Dia cadangkan tempat lain selain Uma Pakel. Kata nya Alas harum ada semua yang kami nak pergi, kalau tak suka tempat tu dia akan bawa kami ke Uma Pakel. Jadi kami setuju je sebab nak pendekkan masa. Rupa-rupanya uma pakel, tegalalang terace dan alas harum ni sebelah-sebelah je.😅😅

Turun je dari kereta akan ada staff Alas Harum tunggu dan pakaikan korang tag, masuk ni free je ye. Masuk je ke dalam Alas Harum tu kami terus excited, mood bercuti kembali...yeeeehaaaa... Tempat ini ada padi bertingkat, swing, dan kopi tester. Dalam satu tempat semua ada jadi tak payah nak pergi tempat lain lagi.
Senarai harga aktiviti di Alam Harum

Tag dan tiket swing

Saat nampak padi yang bertingkat tu...dalam hati ni terdetik ya Allah indahnya ciptaan mu...nyaman je tengok keindahan alam...macam nak guling-guling je atas sawah tu..hehehe... kemudian  kami dibawa kebahagian pembayaran tiket Swing..dengan pembelian tiket swing percuma bergambar dikawasan Padi...Jika tak naik swing atau apa-apa aktiviti korang perlu bayar ye untuk bergambar dalam kawasan ni. Selain dari Swing ada juga basikal kabel dan Flying Fox (tutup sementara)...



Tujuan utama kami adalah nak cuba Swing, nak naik swing single tak berani...jadi aku ambil couple swing. Bayaran tiket couple swing adalah IDR 300,000 (RM90.00) 15 kali Swing.  Swing pertama aku rasa macam nak gugur jantung ni menjerit-jerit aku. Aku pula jenis yang memang tak boleh naik benda-benda laju ni contoh roller coaster mau rasa tak bernyawa dan tak boleh bernafas tak tau la masalah jantung ke ape...tapi aku suka nak mencuba juga yela dah alang-alang sampai kan. Dah nak habis swing tu baru aku ok lepas tu rasa tak puas macam nak naik lagi...hahahaha


Buai laju-laju sampai pokok sena
Kemudian kami bergambar didalam kawasan padi. Penat juga sebab naik turun tangga sampai aku kehausan dah la lupa bawa air, tula excited sangat nak bergambar itu la padahnya. Di kawasan ni memang korang akan bergambar je sebab banyak port-port cantik yang diorang sediakan tau. Untuk korang yang memang suka OOTD ke, Posing ala-ala model ke memang sesuai sangat. 
Merpati kembali kedalam sarang..hahaha




Saja duduk belakang nampak kurus sikit
Dah puas bergambar, kami ke cafe serta dihidang kan teh dan kopi secara percuma. Kami ingatkan setiap pasangan dapat satu set tester rupa nya satu group akan dapat satu set tester sahaja. Jika 10 orang dalam satu group macam mana nak rasa kan...hahaha... Kopi Luwak mereka tak berikan tester kena order di cafe. 

Aku adalah pengemar kopi maka Kopi Luwak adalah wajib aku minum. Staff cafe bawakan Kopi Luwak yang aku order dan memberi kami Kopi Bali secara percuma untuk kami membandingkan rasa kopi.
ini jenis-jenis tester teh dan kopi
Safron tea paling aku tak boleh masuk. Masam gila wei itu je tester yang tak habis. hahahaha


Lepas rehatkan badan sambil menghirup secangkir Kopi Luwak kami terus ke Kitamani untuk makan tengahari disana. Sila tekan untuk sambungan perjalanan kami.










No comments:

Post a Comment