Assalamualaikum guys...
 |
Diamond Beach |
Hari terakhir di Nusa Penida seawal jam 8.00 pagi supir ambil kami ke Teletubbies Hill. Bukit ni memang macam bukit dlm teletubbies tu.... disebabkan dah lama tak hujan tumbuhan di bukit tak berapa cantik dari hijau jadi coklat banyak rumput mati. Kami simpan tenaga untuk ke Diamond Beach jadinya hanya bergambar,malas nak turun dan daki bukit..hehehe


Kemudian kami terus ke Rumah Pohon dan Diamond Beach. Perjalanan dari Bukit Teletubbies ke Rumah Pohon lebih kurah 1 jam. Aku duk ingatkan rumah pohon ni dekat tanah landai je... rupa-rupanya kena turun dan daki juga... agak tinggi juga nak turun ke Rumah Pohon dari situ kita boleh nampak Diamond Beach.. Hati aku ni senang dan nyaman je bila tengok keindahan alam... Untuk bergambar di tempat-tempat yang cantik semua nye dikenakan bayaran.. macam dekat LOVE nampak batu bentuk Diamond IDR 50,000.00 (RM 15.00), Rumah Pohon IDR 100,000.00 (RM 30.00)/Perpeson.
 |
berhati-hati semasa turun guys...jangan over excited sangat keselamatan diri tu kena jaga |
 |
Rumah Pohon |
Dah puas bergambar, kami ke Diamond Beach dari rumah pohon tu kami perlu berjalan lebih kurang 30 minit macam jungle tracking kerana jalan untuk kenderaan rosak. Sampai je kat Diamond Beach punya la ramai orang sesak sangat, anak tangga dia kecik je kena hati-hati masa turun sebab kita akan berselisih dengan orang. Aku ambil masa 1 jam juga turun tangga Diamond Beach yela turun sambil bergambar. Step tangga dekat sini rendah je macam kita naik tangga biasa tak macam dekat kelingking beach cuma di bahagian bawah tu kena pegang tali untuk turun cerun sikit.
 |
Bermula lah perjalanan |
 |
kenapa la suka sangat nak bergambar macam tu... aku yang naik takut tau. |
 |
tengok tu |
Aku tak lepak lama pun kat sini sebab kena sampai puncak balik jam 2.30 petang. Aku dah ambil masa lama masa turun tangga tu..nak ambil gambar pun kena tunggu turn sebab ramai sangat. Aku hanya snap beberapa keping gambar tak sempat nak menikmati sangat pantai sebab aku tau kondisi badan aku dan aku taknak sebab aku lambat semua orang kena tempias. Jadi aku naik dulu supaya boleh sampai puncak tepat pada waktu yang supir katakan. Kami kena sampai je Jeti jam 4.00 petang untuk pulang ke Sanur. Alhamdulillah kami sempat sampai tepat pada waktunya.
Kami tapau nasi dari restoran Wong Solo je then terus check in di Kuta, hotel pilihan Eden Hotel. Seronok sangat inap di hotel ini sebabnya ramai orang-orang muslim duduk sini. Restoran makanan muslim pun banyak jadi tak perlu risau. Sempat la kami jalan-jalan sekitar Eden Hotel di malam hari sambil shopping ape yang patut..hehehehe
 |
Sumber Gambar: Agoda |
 |
Sumber Gambar: Agoda
|
 |
Bilik aku mengadap jalan dan cafe hotel |
sampai sini dulu coretan aku, nanti aku sambung perjalan kami di bali.
No comments:
Post a Comment