Friday, December 20, 2019

Day 5 - Bali - Safari Marine Park

Assalamualaikum Guys,

Sumber gambar: KLOOK
Pagi ni kami ke Safari Marine Park, kami beli tiket di KLOOK RM188 untuk seorang. Pakej ni termasuk Shuttle Bas, Safari Journey, Animal Show, Fun Zone, Water park, fresh water aquarium dan persembahan bali agung.

Dari hotel kami hanya perlu berjalan kaki ke Bali Dynasty Hotel untuk naik shuttle bas. Kena ikut jadual yang dibagi tau..lambat memang burn la tiket korang tu nanti.Perjalanan dari kuta ke Safari dalam 1 jam. Sampai saja di Safari hanya tunjuk je bar kod atau resit KLOOK tu dekat kaunter.
Jadual bus: KLOOK


Dari kaunter kami naik satu lagi shuttle bus untuk sampai ke kawasan Safari. Bermula la perjalanan separuh hari di safari. Tengok animals show comel je aksi-aksi haiwan yang mereka latih. Kemudian kami ke tiger show best juga ala-ala teater persembahannya. Selesai je tiger show kami naik mini bas ke bahagian Safari, best wei bila dapat tengok haiwan-haiwan bekeliaran bebas. Best part masa aku tengok sekumpulan gajah bergurau, comel sangat wei. Sayangnya aku tak sempat nak rakam moment tu.
Di bahagian Lobi Safari

ni satu lagi aku tak tau ni benda apa..
Sampai je korang disambut dengan alunan muzik






Tiger Show

macam ni la persembahan harimau...




Kemudian kami ke teater Bali Agung, persembahan ni selama satu jam menceritakan macam mana bali ni wujud. Ala macam cerita dongeng kita tu. Di awal persembahan agak boring, kemudian makin menarik jalan ceritanya.
Persembahan Bali Agung







Habis je kami menonton Bali Agung, kami terus ke cafe untuk menikmati secangkir kopi. Kami terus balik ke hotel kononnya nak rehat sebab esok nak pi water rafting. Sampai hotel tak jadi pun rehat aku dengan suami jalan-jalan area kuta. ok bye jumpa di next blog guys.....

Thursday, December 12, 2019

Day 4 - Bali - Nusa Penida


Assalamualaikum guys...

Diamond Beach
Hari terakhir di Nusa Penida seawal jam 8.00 pagi supir ambil kami ke Teletubbies Hill. Bukit ni memang macam bukit dlm teletubbies tu.... disebabkan dah lama tak hujan tumbuhan di bukit tak berapa cantik dari hijau jadi coklat banyak rumput mati. Kami simpan tenaga untuk ke Diamond Beach jadinya hanya bergambar,malas nak turun dan daki bukit..hehehe





Kemudian kami terus ke Rumah Pohon dan Diamond Beach. Perjalanan dari Bukit Teletubbies ke Rumah Pohon lebih kurah 1 jam. Aku duk ingatkan rumah pohon ni dekat tanah landai je... rupa-rupanya kena turun dan daki juga... agak tinggi juga nak turun ke Rumah Pohon dari situ kita boleh nampak Diamond Beach.. Hati aku ni senang dan nyaman je bila tengok keindahan alam... Untuk bergambar di tempat-tempat yang cantik semua nye dikenakan bayaran.. macam dekat LOVE nampak batu bentuk Diamond IDR 50,000.00 (RM 15.00), Rumah Pohon IDR 100,000.00 (RM 30.00)/Perpeson.


berhati-hati semasa turun guys...jangan over excited sangat keselamatan diri tu kena jaga


Rumah Pohon




Dah puas bergambar, kami ke Diamond Beach dari rumah pohon tu kami perlu berjalan lebih kurang 30 minit macam jungle tracking kerana jalan untuk kenderaan rosak. Sampai je kat Diamond Beach punya la ramai orang sesak sangat, anak tangga dia kecik je kena hati-hati masa turun sebab kita akan berselisih dengan orang. Aku ambil masa 1 jam juga turun tangga Diamond Beach yela turun sambil bergambar. Step tangga dekat sini rendah je macam kita naik tangga biasa tak macam dekat kelingking beach cuma di bahagian bawah tu kena pegang tali untuk turun cerun sikit.
Bermula lah perjalanan 





kenapa la suka sangat nak bergambar macam tu... aku yang naik takut tau.


tengok tu


Aku tak lepak lama pun kat sini sebab kena sampai puncak balik jam 2.30 petang. Aku dah ambil masa lama masa turun tangga tu..nak ambil gambar pun kena tunggu turn sebab ramai sangat. Aku hanya snap beberapa keping gambar tak sempat nak menikmati sangat pantai sebab aku tau kondisi badan aku dan aku taknak sebab aku lambat semua orang kena tempias. Jadi aku naik dulu supaya boleh sampai puncak tepat pada waktu yang supir katakan. Kami kena sampai je Jeti jam 4.00 petang untuk pulang ke Sanur. Alhamdulillah kami sempat sampai tepat pada waktunya. 

Kami tapau nasi dari restoran Wong Solo je then  terus check in di Kuta, hotel pilihan Eden Hotel. Seronok sangat inap di hotel ini sebabnya ramai orang-orang muslim duduk sini. Restoran makanan muslim pun banyak jadi tak perlu risau. Sempat la kami jalan-jalan sekitar Eden Hotel di malam hari sambil shopping ape yang patut..hehehehe

Sumber Gambar: Agoda

Sumber Gambar: Agoda
Bilik aku mengadap jalan dan cafe hotel

sampai sini dulu coretan aku, nanti aku sambung perjalan kami di bali.



Thursday, December 5, 2019

Day 3- Bali - Nusa Penida

Assalamualaikum Guys...

Pagi ni kami ke Nusa Penida (Pulau Penida), kami ambil pakej dengan supir kami je dalam IDR 2,600,000.00 (RM 772.00) untuk empat orang. Pakej ni termasuk makan tengahari tidak termasuk penginapan disana.

Jam 7.30pagi supir ambil kami dari hotel ke kaunter tiket speed boat. Dekat satu jam gak tunggu baru dapat naik boat. Nanti ada guide yang akan bawa kita untuk naik boat tau. Korang tau tak kat sini takde jeti tau kena redah air untuk naik atas boat. Kalau boat korang tu park juah skit jenuh la nak angkat kain tinggi-tinggi, ada yang sampai paras pinggang habis basah baju....

Boat kami naik ni dari syarikat Rocky Lembongan sampai kat Nusa Penida syarikat ni ada jeti dia sendiri jadi takde la kena redah air lagi....hehehehe.....perjalanan dari sanur ke Nusa Penida dalam 40 minit sempat tidur wei...

Pejalanan ke speed boat 

macam ini la keadaan di sanur nak naik boat tu, tapi yang ini dekat dasar dah dia berhenti. Hakikat sebenar jauh wei dia berhenti paras peha aku habis basah seluar...... gambar ni kredit pada: tripadvisor.com.my
Sampai je di Nusa Penida ramai dah supir-supir kat sini tunggu sambil pegang tag nama customer masing-masing. 

Kami menginap di Nusa Penida ni selama 2 hari 1 malam. Kami terus dibawa ke Kelingking Beach perjalanan lebih kurang 1 jam. Perjalanan di Nusa Penida ni agak mencabar tau. Boleh dikatakan semua perjalanan tak de satu pun jalan yang rata. Keadaan jalan kat sana agak teruk dan berdebu, Nusa Penida ni macam baru nak membangun. 

Sampai je Kelingking Beach mengucap panjang aku wei. Ya Allah tangga dia curam sangat dan step dia sangat tinggi tak adalah dalam 1 kaki. Tengok tangga je dah seram wei, tapi demi nak bergambar kami redah juga suku perjalanan jela....hehehehe... itu pun dah letih ya Amat...rasa down gila wei sebab aku memang tak prepare langsung dari segi mental... Ujian apakah ini...hahaha..pelik wei orang kata Bali ni tempat honeymoon...kat mana honeymoon tu wei...kalau setakat duduk hotel je...baik tak yah datang Bali...hahahahaha. Masa search haritu tak pulak aku nampak payahnya nak turun dan naik tangga, agaknya sebab mata ni nampak keindahan kelingking beach tu je....hahahaha... padan muka aku....

P/s: Gambar tangga ni aku ambil dari google...Thanks to owner photo...

Kami turun sampai kotak merah tu je... bawah tu panjang perjalanan dia..supir kata kalau tak biasa 1 jam 30 minit turun...tu baru turun naik belum kira lagi berapa lama..naka-nak badan macam aku 5 jam baru sampai puncak balik...huhuhu

ni aku rasa dah bawah sebab masuk aku turun tak de macam ni
ada berani ka guys?
Jom tengok gambar-gambar kami dekat kelingking beach

Seram tak 😏😏





Ni tangga mula-mula step dia ok lagi 




Kerja gila duduk hujung-hujung tu... terlebih berani pula suami aku ni... aku yang seram wei
kecut perut wei


air dia jernih gila... tapi kami tak mampu nak turun sampai bawah.

Sampai je satu point kami berhenti bergambar, makan roti dan rehat kejap. Kemudian mula daki tangga untuk ke destinasi seterusnya. Kami dibawa pula ke Broken beach dan Angel Billabong. Benda pertama aku tanya adakah tangga sama macam Kelingking Beach, bila supir kata tangga tapi tak securam Kelingking Beach. Aku tarik nafas panjang-panjang dan prepare mental aku supaya tak down bila sampai sana. Perjalanan selama 40 minit, sampai ja kami makan tengahari dekat pondok berdekatan kawasan Broken beach.

Kawasan ni bertangga tapi landai sikit tangganya cuma step dia sama di Kelingking Beach dalam 1 kaki macam tu. Kawasan di Nusa Penida ni cantik-cantik tapi kena kuat dari fizikal dan mental.. nak tengok benda cantik kena la sakit dulu...hehehe... Broken Beach dengan Angel Billabong bersebelahan je.. rezeki kami hari tu dapat tengok sekumpulan ikan lumba-lumba sedangkan supir kata tak pernah ada lagi sebelum ni.. kami punya teruja tu Allah je tau... hilang semua penat rasa bersyukur sangat.

Angel Billabong

Broken Beach






The worst part masa nak balik sedang aku daki tangga kaki aku cramp dekat 30 minit kaki aku cramp... sakit dia Allah je tau... aku dah risau perjalanan esok macam mana.. lega rasanya bila aku dah boleh berjalan sikit... dalam kaki sakit pun lepas check in aku jalan lagi ke Crystal Beach disebabkan tempat ini dekat je dengan hotel..hehehe. kami tak bergambar kat sini lepak-lepak sambil minum ayaq nyoq ja.

Butterfly bungalow 



Peringatan :

Penduduk di Nusa Penida mostly hindu, yang islam dekat dengan jeti je. Jadi kalau korang menginap jauh dari jeti lebih baik jangan makan di restoran-restoran dekat sana. Supir kami tu tipu tau cakap restoran halal kat Nusa Peninda ni. Nasib baik la member aku pi tanya pemilik restoran dan syukur sangat sebab dia jujur, dia bagi tau restoran dia tak halal dan mostly restoran di Nusa Penida ni tak halal. Dia kesian tengok ramai orang muslim makan. Dia bagitau cuma dekat dengan jeti je ada muslim tempat lain memang takde. Terus kami beli maggi je untuk makan malam kami. Cadangan aku korang bawa la bekalan makan korang sendiri.