Sunday, September 15, 2013

Resepi: Cucur Udang

Assalamualaikum...anneyosayo




      Tibe tibe rasa macam nak buat cucur udang macam mak aku buat.... orang utara memang cicah cucuq dengan  kuah kacang... sedap oooo mau terangkatttttt..... Tapi Mr.TA pulak tak suke sebab dia dah biasa cicah sos cili je... Dia memang tak berapa suke kacang.... Jadi jalan penyelesaian aku buat la dua2 kuah sekali... Jom tinjau resepi mana tau kot2 korang nak cube style aku nie...



CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

Tepung gandum (ikut la banyak mana korang nak buat)
Tauge
Kucai
Udang kecil
Air campur garam sikit...


Cara menyediakan:

  • Gaul semua bahan tu...Masukkan air sedikit demi sedikit... Jangan sampai adunan cair nanti tak bole goreng pula.
  • Akhir sekali goreng sehingga kekuningan dalam api yang panas...



KUAH KACANG

Bahan-bahan: 

100gm Kacang tanah
7 tangkai cili kering (kalu suka pedas tambah la lagi)
3 biji bawang merah
Gula kabong
Garam secukup rasa


Cara menyediakan:

  • Masukkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas goreng kacang hingga berubah warnanya (jangan sampai hangit pula ye). Dengan mengunakan minyak yang sama gorengkan pula cili kering dan bawang sehingga layu sedikit....
  • Masukan cili kering dan bawang yang digoreng tadi kedalam blender. Kisar hingga hancur.
  • Kemudian masukkan kacang tanah kisar bersama cili tadi hingga hancur. (Jika kurang air sila tambah sedikit ye.
  • Goreng sedikit bawang merah yang telah dihiris kemudia masukkan bahan yang dikisar tadi. kacau kuah sehingga mendidih. akhir sekali masukkan gula dan garam (biar kuah kacang tu rasa manis sikit baru sedam nak mencicah). Siap untuk dihidangkan




KUAH CILI

Bahan-bahan:

5 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
sedikit cuka makan (aku guna cuke apple)
Gula dan Garam secukup rasa
Tepung jagung


Cara menyediakan:

  • Kisar cili dan bawang putih.
  • Kemudian masak cili tadi masukkan cuka,gula, dan garam.
  • Setelah mendidih masukkan tepung jangung yang telah dicampur sedikit air untuk memekatkan kuah.
  • Siap untuk dihidang kan

Senang je nak buatkan.. Selamat mencuba
anneyong



Sunday, September 8, 2013

My Lovely: Haziq Turn 5, Aina Turn 3

Assalamualaikum...anneyosayo



Sebenarnya lama dah nak buat N3 nie...tapi busy memanjang (busy cari koje)... tak berkesempatan nak share happy day dengan u all.... 18.08 genap la Haziq (anak angah) my first nephew 5 tahun dan 28.08 genap la Aina (anak sulhan) my niece 3 tahun...




Tapi Aina kena celebrate awal dari tarikh birthday dia coz kita org nak wat suprise kat Aina dan mama abah nya... Adik ipar aku nurse so ssh nak cuti then alang2 kami celebrate je sekali... 



                                           My Niece


Habis je makan2 potong kek kami pergi dataran lepak king... posing2 sikit... then balik... happy sangat dapat berkumpul ramai2...

Untuk my lovely Haziq and Aina... Mak long doakan semoga hang pa berdua panjang umuq... sentiasa di lindungi Allah s.w.t dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...

Kebetulan pula aku nak bawa diorg makan tempat best Naan Cheese... memang terangkat cheese nye cam pizza (sempat promote)...  RSMY House of real beriani... betul2 berhadapan dengan Maju Junction  ade satu Restoran Lotus.... RSMY house sebaris dengan Restoran Lotus...

Ayam tanduri sedap lain dari kedai mamak... sangat2 berbeza....




ini la dia gambaran Naan cheese nye cam pizza kan kan.... Pic nie masa first time aku makan ngan member aku....



daaaa... Aneyong